Jika anda mahukan tips menulis resume yang mantap, anda berada ditempat yang betul. Resume adalah langkah pertama dalam melangkah ke alam pekerjaan. Resume juga adalah pandangan pertama pertama tentang diri anda dari kaca mata majikan sebelum bakal majikan anda bertemu dengan anda. Jika resume yang dihantar tidak menepati tahap dan kualiti resume yang diperlukan, boleh jadi resume anda akan berakhir di dalam tong sampah. Menulis resume dengan baik akan meningkatkan lagi peluang anda untuk dipanggil temuduga.
Kenapa perlu menulis resume yang baik?
Tujuan utama penulisan resume adalah supaya anda diberi peluang untuk menghadiri temuduga jawatan yang diiklankan.
Walau bagaimanapun, satu fakta yang perlu anda tahu dan fahami adalah,setiap jawatan kosong yang disiarkan akan menerima ratusan malah mungkin ribuan permohonan daripada pelbagai latar belakang. Jadi bagaimana anda nak menonjolkan diri dalam ratusan permohonan dan resume tersebut? Salah satunya adalah dengan menulis resume yang baik.
Menyaring ratusan resume bukanlah sesuatu yang mudah dan memakan masa, oleh itu anda perlulah ‘membantu’ bakal majikan anda dengan menulis resume yang padat dan menarik. Kebanyakan resume hanya disaring sekali imbas dalam masa 10-20 saat, tanpa dibaca dengan teliti kerana kuantiti resume yang perlu disaring terlalu banyak.
Tips menulis resume yang baik terdiri daripada 2 aspek utama iaitu dari segi kandungan dan juga dari segi penampilan.
Kandungan Resume Terbaik
Bukan semua perkara perlu anda tulis dalam resume kerja anda. Terdapat beberapa perkara yang mesti anda tulis dan terdapat beberapa perkara yang anda tidak perlu tulis dalam resume anda. Baca tips menulis resume ini sehingga habis untuk mengetahui lebih lanjut.
Penampilan Resume
Pepatah ‘Don’t Judge a book by its cover’ tidak terpakai untuk resume yang anda hantar kepada bakal majikan anda. Perkara pertama yang diperhatikan dan melambangkan diri anda adalah bagaimana anda mengolah resume anda. Resume yang comot dan tidak tersusun sebenarnya turut melambangkan keperibadian anda.
Sebenarnya, tiada format khas untuk menulis resume, tetapi terdapat beberapa laman web yang memberikan template penulisan resume untuk membantu anda menjadikan penulisan resume lebih kemas dan tersusun.
Berikut adalah tips menulis resume terbaik:-
1. Fahami kehendak jawatan
Sebelum anda menulis resume untuk mana-mana jawatan kosong, anda perlu tahu keperluan jawatan dan kesesuaiannya dengan diri anda dari segi pengalaman dan latar pendidikan. Jangan hanya menghantar resume kerana suka-suka atau cuba-cuba tanpa memberikan perhatian sepenuhnya kepada kehendak jawatan tersebut.
2. Fikirkan kekuatan anda
Fikirkan sejenak, jika anda diberikan jawatan tersebut, apa yang boleh anda lakukan? Bagaimana ia dapat membantu bakal majikan anda? Bakal majikan anda lebih mementingkan kebaikan sekiranya mereka menerima anda sebagai bekerja berbanding apa kebaikan jawatan tersebut untuk anda.
3. Pengalaman kerja
Hampir semua majikan mengutamakan bakal pekerja yang mempunyai pengalaman kerja yang sesuai. Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos untuk melatih pekerja baru. Tulis pengalaman kerja anda dengan padat tetapi tidak terlalu terperinci. Ini adalah untuk menimbulkan sedikit tanda tanya kepada bakal majikan anda untuk mengenali anda dengan lebih dekat lagi melalui temuduga.
4. Menulis resume dalam bentuk point penting
Resume lebih baik ditulis dalam bentuk point penting dan terus kepada isi penting. Tidak perlu memberikan pengenalan diri dalam bentuk karangan panjang. Ini akan memudahkan saringan dan resume anda akan kelihatan lebih kemas.
5. Menulis resume dengan hati
Hampir pasti, resume yang ditulis hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan menghantar resume pasti akan gagal. Menulis resume juga perlukan keikhlasan dari hati dan kejujuran. Jangan sesekali menipu maklumat kelayakan mahupun pengalaman
Tulislah resume yang mampu menarik bakal majikan untuk lebih mengenali potensi dan personalti diri anda dengan memanggil anda temuduga. Menulis resume adalah ibarat membuat promosi jualan sesuatu produk. Fikirkan bahawa ‘produk’ yang anda promosikan adalah diri anda sendiri dan fokus dalam resume anda untuk menarik minat bakal majikan untuk mengenali lebih dekat tentang diri anda.
6. Gambar
Gambar yang anda tampal pada resume sebenarnya memberi kesan kepada orang yang menyaring resume anda. Jika anda berpakaian kemas sesuai dengan jawatan yang diperlukan, pastinya anda mempunyai harapan yang cerah untuk dipanggil temuduga.
Itulah dia 6 tips menulis resume yang mantap. Sekiranya anda dah berjaya menyediakan resume yang terbaik, kini anda perlu bersedia untuk menghadapi temuduga pula 😁
Klik Untuk Contoh Resume Terhebat! |
Itulah dia 6 tips menulis resume yang mantap. Sekiranya anda dah berjaya menyediakan resume yang terbaik, kini anda perlu bersedia untuk menghadapi temuduga pula 😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan