Cara Terbaik Menyediakan Dana Persaraan


Bilakah masanya anda memikirkan tentang dana persaraan anda? Ketika berumur 50 tahun? Atau ketika anda mula melangkah ke dalam dunia pekerjaan?

Dana persaraan adalah salah satu perkara yang perlu difikirkan seawal yang mungkin apabila kita melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Tiada siapa yang mahu bekerja sepanjang hayat mereka. Sehingga sampai satu tahap, semua orang ingin bersara dari pekerjaan. 

Tidak kira sama ada kita bekerja di sektor awam, sektor swasta atau bekerja sendiri, dana persaraan adalah amat penting untuk memastikan kelangsungan kehidupan selepas kita bersara nanti.

Satu perkara yang saya belajar daripada buku Robert Koyasaki : Retired Young, Retired Rich, adalah untuk menyediakan diri untuk persaraan kita perlu ada matlamat untuk dicapai dan salah satu matlamat adalah untuk bersara muda dan dalam keadaan kaya. Orang yang menyediakan dana persaraannya seawal mungkin adalah lebih mudah untuk bersara lebih awal.

Dana Persaraan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk. Cara paling mudah untuk menyediakan dana persaraan adalah melalui simpanan dan pelaburan.

KWSP

Jika anda merupakan pencarum KWSP, ini adalah salah satu cara untuk penyediaan dana persaraan yang paling mudah. Dana persaraan melalui KWSP adalah dana persaraan secara paksa oleh majikan kepada pekerjanya. Walaubagaimanapun, ramai juga yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan oleh KWSP dan menggunakan dana persaraan untuk tujuan selain untuk persaraan. 

Sebaik-baiknya, duit persaraan di dalan KWSP tidak harus di ganggu sehingga kita betul-betul sudah bersara.

Private Retirement Scheme (PRS)

Jika anda mengambil skim pencen, anda mungkin tidak mempunyai dana persaraan secara paksa. Tetapi terdapat banyak bank yang menawarkan PRS yang boleh anda sertai. Konsep PRS adalah duit yang dimasukkan ke dalam PRS tidak boleh dikeluarkan sehingga umur kita bersara. 

Simpanan Bulanan

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk menyediakan dana persaraan. Orang yang menyimpan awal akan mendapat keuntungan yang lebih berbanding orang yang lama memulakan simpanan. Ini adalah kerana lebih awal kita menyimpan, lebih banyak dividen yang diperolehi.

Simpanan boleh dibuat di mana-mana bank yang mempunyai dividen yang terbaik. Selain itu, simpanan ini hendakah bersifat automatik dan juga simpanan yang 'dilupakan'. Ini adalah penting untuk mengelakkan kita daripada terpakai duit tersebut.

Hartanah

Pelaburan hartanah adalah antara yang selalu menjadi pilihan kebanyakan orang, ini adalah kerana, ia bukan sahaja menyumbang kepada dana persaraan, malah ia menjadi sumber pendapatan tambahan selepas kita bersara. Walaubagaimanapun, untuk membeli hartanah seperti rumah memerlukan ilmu yang betul supaya perlaburan yang dibuat adalah berbaloi untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Banyak panduan yang dapat mengajar anda bagaimana untuk membuat pelaburan hartanah. Salah satu yang terbaik untuk anda baca dan hadam adalah panduan Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?.

Saham

Saham adalah dana persaraan yang agak berisiko. Ini adalah kerana jika pengurusan risiko saham tidak betul, dana tersebut boleh hilang dalam sekelip mata. Walau bagaimanapun, sekiranya ianya diuruskan dengan betul, ia boleh menjadi sumber pendapatan tambahan dana persaraan anda.

Jika anda nak jadikan saham sebagai salah satu sumber dana persaraan anda, anda perlu baca panduan Sistem Saham untuk mengetahui selok belok dunia saham.


Secara peribadinya, saya kurang berminat dengan cara ini untuk membina dana persaraan saya.

Buat Blog Yang Mantap

Saya perhatikan, blog juga sebenarnya boleh membantu dalam menjana dana persaraan. Blog juga boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan untuk disimpan di dalam simpanan persaraan kita. Kebanyakan orang buat duit dengan blog adalah untuk pendapatan tambahan jangka masa pendek seperti untuk membayar bil dan lain-lain.

Apa kata kita buat blog bermatlamatkan untuk menambahkan simpanan dana persaraan kita. InsyaAllah boleh dan ianya bukan sesuatu yang mustahil.

Ok.

Itu adalah antara cara untuk menyediakan dana persaraan. Tetapi terdapat lagi satu soalan iaitu, berapa yang patut kita anda semasa kita bersara?

Terdapat pelbagai kalkulator dana persaraan yang boleh mengira nilai yang anda perlukan selepas bersara dibandingkan dengan jangka hayat seseorang. Tetapi itu hanyalah andaian dan pengiraan kasar. 

Secara keseluruhannya, walau apa pun yang anda lakukan sekarang, pada satu tahap anda perlu bersara dan dana persaraan itu sepatutnya mula digunakan pada waktu itu.

Jadi sudahkah anda menyediakan dana persaraan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top