Cara Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Cara Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Alangkah seronoknya jika mempunyai panggung wayang sendiri di rumah. Mesti ramai yang fikir jika nak buat panggung wayang sendiri di rumah mesti memerlukan kos yang tinggi. Sebenarnya kita boleh menyediakan mini panggung wayang sendiri di rumah dengan kos yang cukup berpatutan. Kos yang diperlukan hanya dalam RM200-RM300 sahaja.

Bayangkan jika anda mempunyai 5 orang ahli keluarga. Kos untuk menonton wayang setiap kali sekurang-kurangnya RM50 (tak termasuk makan minum). Tetapi jika anda buat mini panggung wayang sendiri di rumah, kos itu boleh dikurangkan tetapi masa bersama keluarga masih dapat dilaksanakan. Ini kerana pelaburan buat panggung wayang di rumah ni hanya memerlukan kos sekali sahaja pada permulaan.

Apa kebaikan ada panggung wayang sendiri di rumah?

  1. Mempunyai privacy untuk keluarga anda sendiri
  2. Anda tak perlu bersiap-siap untuk keluar rumah
  3. Jimat minyak, tak perlu memandu ke shopping mall untuk menonton wayang
  4. Jimat masa
  5. Jimat makan minum.
  6. Boleh menonton wayang mengikut masa sendiri

Apa yang diperlukan untuk buat panggung wayang di rumah?

  1. Layar putih atau dinding putih
  2. Projector (Pemancar)
Saya pasti setiap rumah mempunyai dinding putih. Jika tiada, anda boleh gunakan layar putih ataupun cat satu bahagian dinding rumah anda dengan cat berwarna putih.

Yang kedua adalah alat pemancar.

Ini adalah alat yang paling penting untuk menjayakan projek panggung wayang di rumah. Terdapat pelbagai jenis projektor ada di pasaran. Projektor ini boleh disambungkan dengan tablet, telefon pintar ataupun komputer. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memasukkan movie yang nak di tonton dalam telefon pintar atau komputer. Kemudian sambungkan kepada projector dan anda boleh terus mainkan movie anda.

Berikut adalah projector yang mempunyai rating yang tinggi di Lazada Malaysia:

1. Portable UG28+ Mini LED Projector



Dengan bermodalkan RM144 sahaja, anda akan dapat memiliki projektor ini untuk panggung wayang di rumah anda. Projector ini boleh di sambungkan dengan pelbagai peranti untuk memudahkan anda memancarkan apa sahaja sama ada cerita, atau video percutian anda. Sehingga kini, terdapat 14 orang pengguna yang memberikan 5 bintang kepada produk ini.


2. Full HD 1080P Home Theater LED Mini Multimedia Projector Cinema


Cara Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Projektor yang kedua ini berharga RM135. Sehingga sekarang terdapat 5 orang yang memberikan rating 5 bintang kepada produk ini. Selain daripa boleh sambung ke telefon pintar atau komputer, anda juga boleh menggunakan SD card untuk memancarkan video. Isikan movie yang nak di tonton dalam SD card dan kemudian anda hanya perlu tekan butang Play. 



Jarak dan saiz pancaran

Secara umumnya, jarak antara projektor dan dinding / layar yang membezakan saiz pancaran gambar. Lebih jauh jaraknya, lebih besar pancaran gambar atau movie. Untuk gambar beresolusi 1080p tiada masalah untuk menjarakkan projektor dengan dinding sehingga 2.5m. Jika lebih jauh dari ini, gambar akan jadi kurang jelas.

Jarak 2.5m akan menghasilkan pancaran yang sama seperti televisyen dengan saiz lebih kurang 60 inci.  

Cara Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Mudah


Ok.

Nampaknya modal yang diperlukan untuk membuat panggung wayang sendiri di rumah kurang daripada RM200. Dengan modal sekali ini anda boleh menonton movie pada bila-bila masa bersama keluarga anda.

Jika anda mempunyai bilik kosong, adalah lebih baik jadikan bilik tersebut mini cinema. Setupkan projektor dalam bilik tersebut dan sediakan beberapa buah sofa untuk penonton. Jika tak dapat kerusi, tilam pun boleh juga 😋

Cara Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Gambar di atas ni hanya sekadar hiasan. Anda tak perlu buat sesempurna ini. Yang penting, anda dapat menonton movie dengan gembira bersama keluarga. Jadi, tunggu apa lagi, jom buat panggung wayang sendiri di rumah! 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top