Saluran berbayar Astro bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Kebanyakan daripada rakyat Malaysia memang ada melanggan Astro. Termasuklah saya. Tetapi saya hanya melanggan saluran-saluran dalam pakej asas di Astro.Â
Selain daripada saluran berbayar, Astro juga dalam beberapa tahun lepas ada memperkenalkan Astro Njoi di mana ia merupakan saluran tv dengan bayaran One-Off. Â
Pemilihan pakej adalah bergantung kepada sejauh mana anda kerap menonton televisyen dan siaran apa yang kerap anda tonton.Â
Astro juga ada menawarkan aplikasi Astro Go yang membolehkan pelanggannya menonton siaran tv satelit menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar. Ini membolehkan pelanggannya menonton tv bila-bila masa tanpa had tempat.Â
Ok.
Pada kali ini, saya nak kongsikan cara untuk daftar dan menggunakan aplikasi Astro Go (Astro On The Go). Jika anda merupakan pelanggan Astro ataupun Njoi, saya syorkan anda untuk pasang dan gunakan aplikasi ini. Ini kerana, sehingga 31 Mei 2017, anda akan dapat menonton banyak saluran tv percuma walaupun ia tidak termasuk dalam langganan bulanan anda.
Untuk menonton saluran Astro melalui komputer, anda perlu daftar di laman web Astro Go. Saya cadangkan anda untuk daftar melalui komputer kerana ia akan memudahkan anda untuk menaip makluamat yang diperlukan.
Jika anda nak daftar melalui tablet ataupun telefon pintar pun tiada masalah. Langkah yang diperlukan adalah sama.
Langkah-langkah yang saya maksudkan adalah:
Jika masih kurang jelas, boleh lihat video di bawah ni 👇😉
Langkah-langkah yang saya maksudkan adalah:
- Buka laman web Astro Go atau muatturun dan pasang aplikasi Astro Go
- Tekan pada butang Sign Up
- Isikan maklumat diri anda.
- Satu emel pengesahan akan dihantar ke emel anda.
- Klik link yang diberikan untuk aktifkan akaun anda
- Login ke akaun anda
- Linkkan akaun anda dengan akaun Astro anda (Astro atau Njoi)
Jika masih kurang jelas, boleh lihat video di bawah ni 👇😉
Saya bukan pelanggan Astro. Boleh ke saya gunakan Aplikasi Astro Go?
Jawapan ringkasnya boleh. Tetapi, anda perlu bayar untuk setiap saluran yang anda nak tonton.Â
Pada saya, satu kelemahan Astro Go adalah walaupun aplikasi tersebut boleh digunakan secara percuma, tetapi semasa streaming televisyen, data yang digunakan masih dikira. Ini akan menjadikan penggunaan data internet yang banyak terutamanya jika anda menggunakan data internet yang mempunyai had kuota.Â
Jika anda menggunakan Webe atau data plan yang mempunyai data tanpa had, ini bukanlah satu masalah untuk anda.
Kepada semua pelanggan Astro, saya cadangkan anda untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi Astro Go. Sekurang-kurangnya sehingga 31 Mei 2017 kerana terdapat pelbagai saluran percuma untuk anda tonton. Selepas 31 Mei 2017, anda perlu bayar untuk tonton saluran yang bukan dalam langganan anda.
Kepada semua pelanggan Astro, saya cadangkan anda untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi Astro Go. Sekurang-kurangnya sehingga 31 Mei 2017 kerana terdapat pelbagai saluran percuma untuk anda tonton. Selepas 31 Mei 2017, anda perlu bayar untuk tonton saluran yang bukan dalam langganan anda.
saya nak tanya. saya langgan family pack utk astro saya. dan saya nak daftar utk astro go ni. adakah utk astro go akan dikenakan bayaran yang berlainan atau pun bil nya tetap sama sahaja?
BalasPadamperlu linkkan smartkad dengan astro go je. nanti akan dapat tonton channel yang sama dengan astro kat rumah :-)
PadamAstro go ni kalau kita link dekat dekoder yang bukan atas nama kita boleh ke? Ada bayaran bulanan jugak ke servis astro go ni?
BalasPadamCara nk redemption code?
BalasPadamSaya cuma langgan astro go saluran yg free je..adakah saya dikenakan bayaran.??
BalasPadamkalau sy guna apps astro go ini ada dikenakn chrge dkt sya pnya astro?
BalasPadamTengok astro on the go sama jg tengok YouTube. Kedua2nya memerlukan kuota utk terus beroperasi.
BalasPadamSaya baru melanggan astro go.adakah dikenakan bayaran dalam bil bulanan astro saya
BalasPadamsaya nk tengok
BalasPadam