Tidak kira sama ada anda lelaki, atau wanita yang bertudung atau tidak, penjagaan rambut yang betul adalah sangat penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda sentiasa sihat. Tabiat tidak menjaga rambut dengan baik boleh mendatangkan masalah yang lain seperti masalah kelumumur, masalah keguguran rambut dan juga masalah-masalah lain.
Baru-baru ini saya ada mengikuti satu kursus penampilan diri. Salah satu daripada topik yang diberikan penekanan adalah berkaitan penjagaan rambut. Jadi, pada kali ini, saya akan kongsikan beberapa ilmu yang saya dapat daripada kursus tersebut dan semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda dan dalam masa yang sama cara penjagaan rambut yang betul ini dapat diamalkan.Â
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu untuk penjagaan rambut yang betul:
- Fahami jenis rambut
- Pilih Syampu yang betul
- Kekerapan Mencuci Rambut
- Cuci Rambut dengan Air Suam
- Pastikan rambut kering
- Pemilihan minyak rambut
- Pilih tudung yang betul
Fahami Jenis Rambut
Secara umumnya terdapat dua jenis rambut iaitu rambut berminyak dan rambut kering. Untuk mengetahui jenis rambut anda, biarkan rambut anda tidak dibasuh selama 3 hari dan kemudian pegang rambut anda dengan jari atau kertas minyak. Jika terdapat kesan minyak, ini bermakna rambut anda adalah jenis berminyak, jika tiada kesan minyak, rambut anda adalah jenis kering.
Beli Syampu Yang Sesuai dengan rambut
Apabila dah mengetahui jenis rambut diri sendiri, anda perlu pilih syampu dan bahan rawatan lain yang sesuai dengan jenis ambut anda. Sekiranya anda memilih syampu yang salah, kebarangkalian besar masalah rambut anda tidak akan selesai.
Kekerapan Basuh Rambut
Salah satu tips penjagaan rambut yang biasanya dikongsikan memberitahu anda untuk mencuci rambut 2 atau 3 kali seminggu. Tetapi memandangkan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, adalah digalakkan untuk mencuci rambut setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Jika anda menggunakan syampu yang betul mengikut jenis rambut anda, anda tidak akan mengalami keguguran rambut hanya kerana mencuci rambut.
Basuh Dengan Air Suam
Secara umumnya, memcuci rambut tidak memerlukan penggunaan air suam. Tetapi jika keadaan rambut anda sangat kotor seperti baru mandi laut (air garam melekat pada rambut) atau kulit kepada gatal (menandakan kulit kepala kotor), adalah baik untuk mencuci rambut dengan air suam.Â
Pastikan rambut kering
Setiap kali selepas mencuci rambut, pastikan anda mengelap dan membiarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum memakai tudung. Memakai tudung semasa rambut basah akan mengundang bau rambut yang kurang selesa serta dalam masa yang sama boleh merosakkan rambut.
Pemilihan Minyak Rambut
Khusus untuk lelaki, pemilihan minyak rambut juga amat penting bagi memastikan penjagaan rambut yang baik. Untuk mengetahui sama ada jenis minyak rambut yang anda gunakan sesuai atau tidak, pegang rambut anda selepas beberapa ketika memakai minyak rambut. Sekirnya ada rasa seperti 'berpasir' bermakna minyak rambut tersebut tidak sesuai untuk anda. Selain daripada itu, ada juga orang yang akan merasa pening sekiranya menggunakan minyak rambut yang tidak sesuai dengan mereka.Â
Pilih Tudung Yang Sesuai
Terdapat pelbagai jenis tudung yang ada di pasaran. Tudung yang baik adalah tudung yang dapat memberikan anda keselesaan dan dalam masa sama baik untuk rambut dan kulit kepala anda. Kain yang baik untuk tudung adalah dari jenis kain kapas (cotton). Ini kerana kain kapas mampu untuk menyerap peuh daripada kulit kepada dan memberikan pengudaraan yang baik untuk rambut anda.
[Beli Tudung Yang Sesuai di Tudung2u]
Itulah antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk penjagaan rambut yang betul. Rambut yang cantik dan sihat bukan sahaja memberi keselesaan kepada diri sendiri, malah ia juga akan memberikan keyakinan kepada diri dan juga memberikan keselesaan kepada orang lain kerana rambut anda tidak berbau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan