Terima kasih saya ucapkan kepada Farasudirman yang bertanyakan soalan. Soalan yang dikemukakan adalah bagaimana nak buat bayaran di Taobao sekiranya tiada kad kredit.
Jawapan untuk soalan ini sebenarnya dah ada dalam video yang saya kongsikan dalam artikel cara beli barang di Taobao.
Rujuk gambar di bawah:
Dalam video yang saya kongsikan, pada minit ke 12.42 ada menunjukkan contoh pembayaran di Taobao.
Semasa membuat bayaran di Taobao, kita boleh membuat pilihan untuk membayar dengan kad kredit / kad debit ataupun dengan online banking seperi Maybank dan juga CIMB. Setakat ini terdapat 10 online banking yang boleh buat bayaran ke Taobao seperti dalam gambar.
Jadi Cik Farasudirman tidak perlu risau kerana kini lebih mudah membeli di Taobao kerana mereka telah menerima pembayaran dengan online banking.
Satu perkara yang saya belajar dari rakan-rakan saya adalah, elakkan membayar dengan menggunakan kad kredit kerana akan ada cas tambahan sekiranya kita membuat bayaran menggunakan kad kredit.
Saya harap jawapan ini memberi pencerahan kepada Cik Faraudirman.
Sekiranya ada soalan lain, boleh diajukan pada borang yang terpapar ataupun boleh terus hubungi saya. 😁
Saya nak tanya, blog wikicara gunakan blogspot atau WordPress. Saya kurang pasti mcm mana nak bezakan. Dan antara blogspot n WordPress yg mana lebih menguntungkan kalau nak cari pendapatan sampingan melalui blog. Harap ada maklum balas. By the way cantik blog wikicara. Tq��
BalasPadamOk nanti sy jawab dalam satu post lain ye :-)
Padam