Cara Beli Barang Di Taobao. Rata-rata ramai yang dah tahu apa itu Taobao. Sebelum ini masih ramai yang tak tahu dan takut untuk membeli di Taobao. Tetapi sekarang, semakin ramai orang yang suka membeli barang terus dari China. Ada juga yang membeli barang dari China secara borong untuk tujuan jual semua di Malaysia.
Ada yang menyatakan bahawa barangan buatan China kurang berkualiti tetapi hakikatnya terdapat juga barangan buatan China yang berkualiti tinggi dan juga murah.Â
Sebab itulah China menjadi antara tempat utama pemborong membeli barang. Kos rendah dan margin keuntungan tinggi.
Saya merupakan salah seorang yang suka membeli barang secara online termasuklah dengan membeli barang di Taobao. Kebanyakan barang yang saya beli secara online sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk jual semula.
Pengenalan kepada TAOBAO?
Taobao adalah salah satu ecommerce milik Alibaba Group yang dilancarkan sejak tahun 2008 lagi. Hampir sama seperti Aliexpress. Yang membezakan keduanya adalah dari segi target pembeli.
Secara umumnya, Alibaba.com disediakan khas untuk pemborong-pemborong yang membeli dengan kuantiti yang besar dan produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.
Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.
TaoBao.com pula, adalah di kategori pertengahan. Ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.
Di Malaysia, ramai yang sudah mula membeli secara terus dari Taobao dan ada juga yang masih tercari-cari cara untuk membeli di Taobao.
Jika anda tercari-cari panduan untuk membeli barang di Taobao, anda berada ditempat yang betul. Saya akan terangkan asas bagaimana membeli barang dari laman web Taobao. Di bahagian bawah juga saya ada sediakan video untuk anda jadikan rujukan membeli di Taobao. Jika anda hayati betul betul artikel dan video yang saya sediakan, saya pasti anda boleh membeli di Taobao selepas ini.
Sebelum itu, suka saya terangkan serba sedikit tentang kelebihan dan kekurangan membeli di Taobao.
Kelebihan Taobao
- Harga lebih murah berbanding Aliexpress.
- Harga borong pada kuantiti kecil. Ini bermakna, anda tak perlu beli barang satu kontena untuk mendapatkan harga borong
Kekurangan Taobao
- Laman web dalam bahasa Cina
- Matawang dalam China Yuan
- Masa penghantaran agak lama
Ok.
Persediaan untuk membeli di Taobao.
- Google Chrome.Â
- Google Translate
- Online BankingÂ
Google Chrome sangat membantu untuk anda yang tidak faham bahasa cina. Ini kerana anda boleh tekan pada butang kanan tetikus dan pilih 'Translate to English'. Laman web Taobao kemudian akan diterjemahkan dalam bahasa english. Tetapi ada juga bahagian-bahagian yang tidak boleh ditranslate anda perlu translate secara manual menggunakan Google Translate.
Bahagian yang paling sukar dan sangat penting adalah bahagian dimana kita perlu isi alamat penghantaran untuk barang yang kita beli. Yang menjadikan ianya sukar adalah, bahagian tu tak boleh nak di translatekan. Jadi saya kongsikan pilihan mana yang anda perlu pilih jika nak isi alamat penghantaran. Lihat gambar di bawah.
Pembayaran di Taobao kini menerima kad kredit / kad debit dan juga online banking. Ada lebih dari 5 bank Malaysia yang diterima di Taobao. Antaranya Maybank2u dan juga CIMB Click. Jika anda ada 2 online banking ni, anda boleh membeli di Taobao. Nak lihat senarai penuh online banking yang diterima, boleh tengok video ye 😋Â
Tapi..
Tidak digalakkan menggunakan kad kredit atau kad debit kerana anda mungkin akan dikenakan cas tambahan sekiranya menggunakan kad kredit atau kad debit. Itulah yang saya belajar dari kawan saya.
Ini video yang saya maksudkan. Panduan asas cara beli barang di Taobao. Sila tonton untuk lebih faham ye 😊
Bila da sampai malaysia, akan ada extra charge ke? Dia akan pos direct pada kita ataupun ada agent?
BalasPadamklw beli volume yg banyak cth untuk perniagaan, munkin kena income tax
PadamBila da sampai malaysia, akan ada extra charge ke? Dia akan pos direct pada kita ataupun ada agent?
BalasPadamkenapa taobao cas saya shipping fee yang mahal sedangkan barang tu lagi murah dari harga shipping tu?
BalasPadamyang jadi mahal tu cara dia packing atau cara dia balut barang tu. kadang2 barang tu kecik besar ibu jari je. tapi dia punya kotak besar. bila dah guna kotak. secara automatik akan ikut dimension weight ( lebar x panjang x tinggi ) .
PadamAssalammualaikum
BalasPadamkenapa saya tak boleh save alamat ya? Ada sebarang kemungkinan tak?
terima kasih =)
saya pun
Padamsalam tuan, sy ade beli barang, shipping free. status brg dh smpai di warehouse, sy nk tye utk sampai ke malaysia sy perlu uruskan sendiri k?
BalasPadamSalam tuan, kalau order brg tu selalunya brp lama sampai ye? Seminggu jugak mcm shoppee ke? Mana lg best? Shoppee ke taobao??
BalasPadamTerpulang kepada pengangkutan shipping..tapi for me ambil masa ngam 2 weeks
PadamSaya beli barang hampir sebulan masih tak dapat..kenapa ya? dan ada barang yang panjang tak dapat dibeli warehouse rejected dan hantar balik kepada seller..bgaimana?
BalasPadamYes. Kena bayar shipping fee to malaysia berdasarkan besar barang yang dibeli.
BalasPadammacam mana nak beli barang tu? shipping hingga barang sampai ke rumah
PadamMacam mana nak masukan alamt ? Dalam tu pun dia tak simpan pembayarang penghantaran?
BalasPadamSesiapa nak tahu tutorial membeli barang dari taobao atau 1688 boleh email saya wadean253@gmail.com
BalasPadamMacam mana cara beli barang di taobao t
PadamSekarang Taobao dah boleh buat bayaran dengan e-wallet Touch N Go. Saya dah cuba hasilnya berjaya. Hanya tunggu brang sampai je.
BalasPadamSaya sudah cuba guna my2u and cimbclick tapi gagal.. apa masalh ny tu?? Ble bagi pencerahan
BalasPadammacam mana proses pembelian tu? boleh ajar saya x
PadamSalam...
BalasPadamNak tau cara dapat pulangan cash point sebanyak 20% dari setiap belian anda di Taobao sila wasap saya www.wasap.my/601158500158/NakCashPointTaobao
Mcm mna format utk no phone saya masukkan no phone n sistem bgthu salah format
BalasPadamboleh sy tanya... jika sy beli brg byk contoh melebihi rm700... ada kah smpai malaysia saya perlu byr apa2 ya... tax atau sebagainya
BalasPadamshipping lg mhl dri harga barang..brg sy mc d warehouse...tp sy nak cancel order...rs mcm tertipu plk..tb2 selepas beberapa hari..ada extra cas for packaging
BalasPadamMaaf ingin bertanya brg saya tersangkut di stage ke 3.. Sy x tahu nak buat apa untuk langkah seterusnya
BalasPadam