Cara Buat Simpanan Kahwin Dengan Gaji RM1000. Melalui majlis perkahwinan yang meriah adalah salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh setiap orang. Tetapi ramai juga yang terpaksa menangguhkan perkahwinan dengan alasan masih belum cukup simpanan untuk perkahwinan.
Cukup atau tidak simapan perkahwinan itu sebenarnya bergantung kepada anda sendiri. Berapa nilai yang dikatakan cukup? Berapa pula yang boleh anda simpan? Ini adalah dua persoalan penting yang perlu dijawap terlebih dahulu sebelum kita berbincang cara membuat simpanan kahwin dengan gaji yang kecil.
Apabila anda terfikir untuk berumahtangga, ia sebenarnya bukan hanya melibatkan komitmen untuk menjalankan majlis perkahwinan untuk satu hari, tetapi melibatkan komitmen hati dan kewangan antara dua insan untuk seumur hidup. Oleh itu, perkara utama yang perlu anda faham bahawa perkahwinan adalah satu bentuk komitmen berterusan.Â
Bagi yang duduk di bandar, gaji RM1000 adalah terlalu kecil dengan komitmen yang perlu dibayar. Tetapi nak atau tidak, anda perlu juga membuat simpanan untuk majlis perkahwinan anda. Jangan hanya mengharap untuk mengambil pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan anda kerana ini akan lebih membebankan status kewangan anda selepas majlis perkahwinan.
Berapa yang anda boleh simpan sebulan jika gaji anda RM1000? Jawapan itu sebenarnya bergantung kepada kekuatan anda. Pada saya minimum yang boleh kita simpan adalah RM100 - RM200 sebulan.Â
Mari kita sama-sama bincangkan bagaimana kita boleh menyimpan sehingga RM200 setiap bulan dengan gaji RM1000.Â
Fahami Keperluan
Tanyalah mana-mana pakar kewangan sekalipun, ini adalah perkara pertama yang perlu anda lulus untuk berjaya dalam pengurusan kewangan. Tidak kira berapa gaji anda, anda perlu tahu bezakan antara keperluan dan kemahuan. Tambahan lagi jika gaji yang anda terima adalah dalam kategori berpendapatan rendah. Jika anda bergaji RM1000, senarai kemahuan dan keperluan anda perlu lebih ketat jika anda nak menyimpan.
Salah satu contoh keperluan adalah makanan.Â
Contoh paling mudah, anda boleh bawak bekal pergi kerja. Membawa bekal memang dah menjadi habit saya sejak mula kerja lagi. Masa permulaan dahulu ada juga yang 'berbunyi' tapi lepas seminggu dua, suara-suara tu akan hilang dengan sendirinya.Â
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, makan tengah hari (nasi campur) yang mengenyangkan paling murah adalah RM3. Sepinggan nasi putih, sayur dan telur atau ikan masin. Sehingga sekarang, memang itulah makanan ruji saya. Jika tambah sambal belacan akan jadi RM3.50. Air minta air masak atau bawa air masak sendiri. Â Â
Elakkan dari membeli makanan ringan dan makanan segera kerana makanan sebegini menyebabkan anda lebih cepat lapar.Â
Anggaran kos makan sebulan = RM300
Duduk Dengan Keluarga
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan cara ini, tetapi hakikatnya, jika anda mempunyai gaji yang rendah, sebaiknya untuk permulaan duduk dengan keluarga adalah lebih menjimatkan. Selain itu, boleh bagi sedikit duit kepada ibu bapa dengan lebih mudah.Â
Anggaran kos sewa bilik dan bil utiliti = RM300 .
Buat Bajet
Bagi memudahkan lagi anda menyimpan dan mengenalpasti perbelanjaan, anda perlu buat bajet. Bajet adalah satu bentuk pembahagian duit yang anda ada. Bajet juga penting untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan.Â
Senaraikan semua keperluan anda dan setkan setiap satunya dengan bajet yang anda dah tetapkan. Sekiranya anda ada menyimpan resit pembelian, itu adalah lebih baik lagi kerana anda boleh tahu berapa yang anda telah belanjakan untuk setiap perkara.Â
Apa yang lebih penting adalah anda perlu patuh dengan bajet yang anda telah tetapkan. Sebaik mana pun bajet anda jika tidak dipatuhi tetap tidak akan berkesan.
Potongan Gaji
Resepi utama untuk berjaya simpan duit adalah dengan buat potongan gaji terus setiap kali gaji masuk. Buat satu akaun simpanan seperti tabung haji kerana hampir setiap tahun tabung haji memberikan pulangan kepada pendeposit. Ini akan membantu anda untuk menyimpan dengan lebih cepat.Â
Gunakan online banking untuk buat standing instruction potongan setiap bulan ke akaun simpanan anda. Bezakan akaun belanja dan akaun simpanan. Jangan jadikan satu akaun untuk semua perkara termasuk simpanan dan perbelanjaan. Jika tiada pengasingan, anda akan lebih mudah untuk terguna bahagian simpanan anda.
Potongan gaji RM200. Sekarang baki duit gaji anda tinggal RM200 sahaja. Baki RM200 itulah yang anda perlu simpan untuk kegunaan kecemasan dalam bulan tersebut seperti motor rosak, bayaran klinik sekiranya sakit dan lain-lain.
Simpan Awal
Mulakan simpanan seawal mungkin bukannya hanya apabila terfikir untuk berkahwin. Mulakan seawal bulan pertama anda mula bekerja. Lebih awal anda menyimpan, lebih banyak anda dapat menyimpan. Dengan gaji RM1000, anda mungkin perlukan beberapa tahun untuk menyimpan untuk majlis perkahwinan anda, jadi mulakan tabungan awal supaya anda tidak tertekan apabila sampai masa untuk berkahwin nanti.Â
Tabungan Bersama
Berbincang dengan pasangan anda dan buat tabungan secara bersama. Bersama tidak bermaksud duit disimpan dalam satu akaun, tetapi lebih kepada persetujuan untuk berkongsi duit untuk majlis perkahwinan yang akan dijalankan.Â
Jika pasangan anda tidak bersetuju, itu mungkin bukan pasangan anda yang ideal kerana pasanganyang ideal sepatutnya boleh menghadapi susah dan senang bersama. Jika pada peringkat awal pun dah tak bertimbang rasa, macam mana pula apabila tiba waktu sukar selepas perkahwinan nanti?
Kurangkan Berdating
Lihat bajet anda semula, dating bukanlah satu keperluan. Itu hanya satu kemahuan. Tambahan lagi, berdating biasanya menggunakan banyak duit terutamanya untuk makan dan minum.Â
Berdating juga bukanlah satu perkara yang baik kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan juga pelakuan maksiat. Daripada habiskan duit berdating, baik simpan duit dating tersebut ke dalam bank. Dah nikah nanti, dating la sepuas-puasnya.Â
Tambah Pendapatan
Jika selepas buat bajet tetap tiada duit untuk disimpan, anda tiada pilihan lain selain daripada menambah pendapatan anda. Anda boleh buat duit secara online ataupun boleh bekerja sambilan. Terdapat pelbagai cara untuk menambah pendapatan seperti berniaga di Facebook dan Instagram, menjual secara dropship, menjadi affiliate dan lain-lain lagi.
Secara umumnya, buat duit secara online lebih sukar berbanding buat kerja sambilan. Buat duit secara online perlukan akal untuk berfikir dengan kreatif  cara mempromosikan di Facebook. Gaji yang diperolehi secara online biasanya tidak tetap.  Manakala kerja sambilan lebih kepada pekerjaan fizikal dan gaji telah ditetapkan.
Pilihan ditangan anda. Bagi saya, saya memilih untuk tambah pendapatan secara online. Tapi bekerja online tidak menjamin gaji yang tetap.Â
Nikah Wajib, Walimah Sunat
Katakanlah bahawa sehingga tarikh pernikahan, duit yang terkumpul masih belum cukup, anda perlu tahu bahawa yang wajib ke atas diri anda adalah nikah. Sambutlah dengan menjalankan kenduri keluarga sebagai kenduri walimah.Â
Ada orang yang mungkin berkata belakang, tetapi pada saya, setiap orang mempunyai tahap kemampuan mereka sendiri, jika mampu buat majlis perkahwinan yang besar, silakan. Tapi jika tidak mempunyai bajet yang banyak, buat kenduri biasa sahaja sudah mencukupi.
Jika semua simpanan habis digunakan semasa majlis perkahwinan, bagaimana kehidupan selepas berumahtangga? Sekiranya itu berlaku, anda perlu menyimpan semula dari bawah dan akan rasa sentiasa risau dengan status kewangan keluarga anda. Lebih baik buat majlis perkahwinan secara sederhana, duit lebih boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa selepas perkahwinan.
Begitulah secara kasar cara untuk membuat simpanan kahwin walaupun gaji hanya RM1000. Menyimpan duit bukan hanya perlu dilakukan untuk kahwin tetapi ia perlu diamalkan sepanjang hayat kita.Â
membaca artikel ini rasa nak kahwin lagi pun ada....
BalasPadamsebab dengan nak kahwin semangat kumpul duit dan cari duit lebih membara
hahaha..em keperluan ke kemahuan tu hehe ;-)
PadamSimpan duit memang kena mula dari awal lagi. Sebaiknya sebelum berniat nak kawan dengan bakal isteri lagi @ seawal mula bekerja.
BalasPadamSaya setuju dengan pendapat puan :-)
Padam