Cara Beli Barangan Ikea Malaysia Secara Online. Barangan Ikea memang tak perlu diperkenalkan lagi. Apabila bercakap tentang Ikea, pastinya ramai yang terbayangkan perabot dan perkakasan yang kelihatan ringkas tetapi menarik serta elegan. Saya juga salah seorang yang sangat meminati design yang dikeluarkan oleh Ikea.
Sebelum saya kongsikan cara beli barangan Ikea Malaysia secara online, adalah lebih baik kita kenali sedikit latar belakang Ikea terutamanya Ikea di Malaysia.
IKEA diasaskan oleh Ingvar Kamprad yang berasal daripada Sweden. Semasa Ingvar Kamprad berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan sendiri. Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon - memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah.
Perkembangan Ikea kepada perniagaan perabot hanya bermula pada tahun 1948. Selepas itu, Ikea merupakan pencetus kepada perabot yang dijual dalam keadaan terlerai dan pelanggan sendiri harus memasangnya. Model perniagaan ini ialah berdasarkan hasrat IKEA untuk menawarkan perabot rekaan yang tampak cantik, mempunyai banyak pilihan serta dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh ramai orang.
IKEA Malaysia pula bermula pada tahun 1996 sebagai sebuah gedung yang menjual barang hiasan rumah yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah di Bandar Utama. Gedung kecil ini kemudiannya mendapat momentum yang cukup untuk berkembang.
Pada 2003, IKEA berpindah ke premis mereka sendiri, sebuah bangunan biru di Mutiara Damansara. Di situlah terletaknya gedung IKEA terbesar di Asia pada masa itu.
Dalam meneruskan perkembangan di Malaysia, satu lagi gedung baru telah dibuka di Jalan Cochrane, Cheras. Ia akan menjadi gedung Ikea yang terbesar di Malaysia dengan saiznya yang 20 peratus lebih luas berbanding IKEA Damansara.
Pada penghujung tahun 2017, satu lagi gedung Ikea akan dibuka di bahagian selatan Malaysia iaitu di Tebrau, Johor. Ini akan memberikan kemudahan kepada mereka yang berada di selatan Malaysia untuk mendapatkan koleksi barangan Ikea.
Begitulah serba sedikit sejarah penubuhan Ikea dan perkembangannya di Malaysia.Â
Oleh sebab gedung Ikea yang terhad di Malaysia, masih ramai yang tidak berkesempatan untuk pergi ke Ikea tetapi ingin membeli barangan Ikea. Berdasarkan itulah timbul idea untuk membeli barangan Ikea secara online.
Jika kita lihat di laman web Ikea, tiada pilihan untuk kita membeli barangan di Ikea secara online. Saya pasti jika pihak Ikea menawarkan perkhidmatan jualan secara atas talian, pasti ramai yang akan membeli secara online. Termasuklah saya.
Walaupun Ikea tidak memberikan kemudahan membeli secara online secara langsung, kita tetap boleh membeli barangan Ikea secara online dengan beberapa cara.
Ikea Personal Shopper
Terdapat ramai yang sanggup membelikan anda barangan Ikea dengan upah yang minimum. Ada yang mengambil upah berdasarkan barang dan ada juga yang mengambil upah berdasarkan berat. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pergi ke laman web rasmi Ikea dan lihat katalog barangan yang dijual di Ikea. Kemudian, berikan kod nombor barangan tersebut kepada personal shopper tersebut untuk mereka belikan dan poskan kepada anda.
Mungkin harga akan menjadi sedikit mahal kerana postage dan juga upah. Tetapi jika nak dibandingkan dengan masa dan kos perjalanan anda ke Ikea, pastinya kos yang diperlukan lebih kurang sama.
Cara paling mudah untuk mencari Ikea Personal Shopper adalah dengan mencari di Facebook. Pastikan anda membuat sedikit semakan ke atas personal shopper tersebut untuk mengelakkan daripada anda tertipu.Â
Lazada Malaysia
Jika anda rasa kurang percaya dengan personal shopper, anda boleh mencari barangan Ikea di Lazada Malaysia. Sebagai contoh, anda hanya perlu taip pada bar carian 'IKEA', dan senarai barangan Ikea yang ada dijual di Lazada pun akan tersenarai.
Sebagai contoh, hasil carian kata kunci Ikea di Lazada Malaysia menghasilkan carian barang lebih dari 3000 barangan yang berkaitan dengan Ikea. Bagusnya menggunakan platform Lazada adalah anda boleh tengok rating penjual dan juga transaksi pembayaran lebih selamat.Â
Jika anda nak lebih jimat lagi, boleh gunakan Shopback untuk dapatkan cashback setiap kali anda berbelanja di Lazada Malaysia. Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan Shopback, boleh baca di artikel cara dapatkan rebat tunai semasa belanja online. Setiap pembelian di Lazada melalui Shopback, anda akan dapat cashback sehingga 11% bergantung kepada kategori barang yang anda beli.
Shopee
Satu lagi laman ecommerce yang ada menjual banyak barangan Ikea adalah Shopee. Shopee sebenarnya adalah ecommerce yang mengutamakan pengguna peranti mudah alih seperti smartphone dan tablet untuk membeli belah.Â
Anda hanya perlu installed aplikasi Shopee daripada Google Play dan daftar dengan percuma dan anda dah boleh beli terus dari telefon anda.Â
Dari segi harga pun sangat baik. Kebanyakan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Shopee adalah antara laman ecommerce yang saya sukai untuk membeli belah secara atas talian.
Itulah 3 cara untuk membeli barang Ikea Malaysia secara online. Jika anda duduk jauh daripada gedung Ikea, ini adalah antara alternatif terbaik untuk anda dapatkan barangan Ikea.
Anda boleh tonton contoh pembelian barangan IKEA secara online di sini:
Anda boleh tonton contoh pembelian barangan IKEA secara online di sini:
tahu dah.
BalasPadamtapi harga dia memang leh tahan la. haha
hahaha..nak tunggu yang johor bukak lambat lagi cikgu..apakan daya..hehe
Padamjohor dah bukak.
Padamtapi aku malas nak pegi.
gila ramai manusia.
kalau pergi sekrang buat sakit hati je..ramai sangat orang..tunggu reda sikit nanti baru g melawat..itu pun kalau ada redanya la..haha
PadamRupanya boleh beli online.. Nak tunggu buka kat tempat saya lama lagi.
BalasPadamMungkin akan buka satu di borneo nanti :-)
Padam