Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Amy yang bertanyakan berkenaan masalah mendaftar di MyASNB. Soalan yang ditanyakan adalah, beliau mempunyai anak yang berusia kurang dari 18 tahun dan beliau tak berjaya untuk mendaftar akaun anak tersebut di MyASNB.
Kenapa berlaku masalah ini?
Kenapa berlaku masalah ini?
Ok.
Pertama sekali saya yakin yang Puan Amy dah baca artikel saya berkenaan cara mendaftar di MyASNB. Di dalam artikel tu memang tak ada cerita berkenaan masalah seperti ini.
Saya sendiri telah mendapatkan penjelasan daripada pihak ASNB berkenaan masalah yang dihadapi Puan Amy.
Saya sendiri telah mendapatkan penjelasan daripada pihak ASNB berkenaan masalah yang dihadapi Puan Amy.
Hasilnya, jawapan yang diberikan oleh pihak ASNB adalah seperti berikut:
"Buat masa ini, portal MyASNB hanya untuk pelabur yang berumur 18 tahun ke atas. Penjaga berdaftar boleh memohon Penyata Terperinci atau Penyata Pegangan Pelaburan di cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk menyemak baki akaun anak." - ASNB
Saya harap jawapan ini memberikan pencerahan kepada Pn Amy dan juga kepada para ibu bapa lain yang tertanya-tanya kenapa mereka tidak berjaya mendaftarkan akaun anak yang berumur kurang dari 18 tahun.
Sekiranya anda ada soalan lain, boleh kemukakan pada borang yang akan terpapar di skrin anda. InsyaAllah saya akan cuba bantu memberikan jawapan sebaik dan secepat mungkin. Jika jawapan ini bermanfaat, boleh kongsikan di Facebook atau beritahu kepada kawan-kawan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan