Cara Beli Topup Prepaid Murah


Nak tak beli topup RM30 dengan harga hanya RM28? Penjimatan sebanyak RM2. Jika anda pengguna prepaid, anda perlu tahu tentang bagaimana untuk mendapatkan topup prepaid dengan harga yang lebih murah.

Antara prepaid dan pospaid, pada saya menggunakan prepaid lebih mudah untuk berjimat.

Ok.

Saya teruskan dengan cara untuk beli topup prepaid dengan harga yang lebih murah.

Apa yang anda perlukan adalah akaun Shopback dan juga akaun Lazada Malaysia.

Tahukah anda bahawa Lazada ada menyediakan promosi diskaun 5% untuk setiap pembelian topup prepaid?

Sebagai contoh, jika anda membeli topup berharga RM30, dengan menggunakan kod promosi TOPUP5SEP TOPUP5OCTanda akan dapat potongan harga 5% serta merta. Jadi jumlah yang anda perlu bayar hanyalah RM28.50 sahaja.

Anda hanya perlu masuk ke laman web Lazada Malaysia dan kemudian search Mobile Reload atau anda hanya perlu tulis Mobile Reload pada Search Bar di bawah ni dan anda akan dibawa ke page Lazada.



Setelah itu anda akan dapat lihat paparan ini.


Setakat ini hanya terdapat 5 operator yang menawarkan promosi ini iaitu Tunetalk, Umobile, Digi, Hotlink dan Xpax.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, masukkan nombor telefon anda, pilih operator dan juga nilai yang anda nak topup. Kemudian anda akan dibawa ke paparan bayaran dan juga untuk memasukkan kod promosi.


Masukkan kod promosi TOPUP5SEP TOPUP5OCT dan tekan apply. Secara automatik, 5% akan ditolak dari jumlah yang perlu dibayar. Jadi anda hanya perlu bayar RM28.50 sahaja untuk topup bernilai RM30.

Nak lebih jimat lagi?

Anda juga boleh gabungkan penggunaan Shopback dan Lazada untuk mendapatkan lebih penjimatan. Dengan menggunakan Shopback, anda boleh mendapat penjimatan tambahan sehingga 3.5% untuk setiap pembelian topup.

Jika anda tak tahu apa itu Shopback, anda boleh baca tentang Shopback dalam artikel cara dapatkan rebat semasa shopping online.

Ok.

Pertama sekali, jika anda belum ada akaun Shopback, anda perlu daftar di Shopback. Pendaftaran percuma.

Kemudian tekan pada pilihan Mobile Reload.


Anda kemudian boleh pilih operator mana yang anda nak beli. Anda kemudiannya akan dibawa ke Lazada dan proses pembelian seterusnya adalah sama seperti cara beli topup di Lazada. JANGAN LUPA untuk masukkan kod promosi TOPUP5OCT untuk dapatkan 5% diskaun.

Apabila anda selesai membuat pembelian, anda akan dapat satu emel daripada Shopback yang menyatakan anda telah mendapat rebat daripada pembelian topup tadi.


Sebagai contoh di atas, saya dapat tambahan RM0.86 daripada pembelian topup RM30. Jadinya, jumlah penjimatan yang saya dapat untuk pembelian topup RM30 adalah RM2.36 (RM1.50 + RM0.86).

Saya ingatkan sekali lagi, RM1.50 akan ditolak serta merta apabila anda masukkan kod promosi TOPUP5OCT, manakala RM0.86 akan masuk ke dalam akaun Shopback anda.

Kod promosi tersebut hanya boleh digunakan untuk masa terhad sahaja. Jadi cepat ambil peluang sebelum terlambat.

Klik Gambar Untuk Topup Sekarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top