Cara Mulakan Bisnes Cenderahati Tanpa Modal Besar


Cara Mulakan Bisnes Cenderahati Tanpa Modal Besar. Tidak kira apa sahaja jenis majlis keraian, pasti ada sahaja cenderahati yang disertakan. Cenderahati terbahagi kepada 2 iaitu cenderahati untuk tetamu yang biasanya dipanggil doorgift dan juga cenderahati untuk yang menjayakan majlis seperti ahli keluarga ataupun jiran tetangga.

Antara cenderahati yang kerap menjadi pilihan adalah button badge, t shirt, pen, buku nota dan lain-lain lagi. Sebenarnya apa sahaja barang boleh dijadikan cenderahati bergantung kepada majlis itu sendiri. Selain itu juga, cenderahati adalah salah satu keperluan dalam syarikat-syarikat besar apabila melakukan pelbagai event. 

Oleh itu, bisnes cenderahati ini adalah salah satu bentuk perniagaan yang sentiasa ada permintaan dan mempunyai pasaran yang meluas dari segenap lapisan masyarakat. Walaubagaimana pun masih ramai yang tidak menyedari peluang yang terbuka luas ini.

Bagaimana nak mulakan bisnes cenderahati tanpa modal yang besar?


Bisnes Cenderahati Online

Untuk permulaan, anda boleh memulakan bisnes cenderahati hanya dari rumah dan berbisnes secara dropship sahaja. Terdapat banyak laman web pembekal cenderahati yang membenarkan anda untuk mendaftar secara percuma. Salah satunya adalah anda boleh mendaftar di Printcious.

Melalui laman web Printcious, anda boleh menggunakan design anda sendiri tetapi pihak Printcious yang akan print dan hantar kepada pelanggan anda. Ini akan menjimatkan kos membeli peralatan dan juga simpanan stok. Kita hanya perlu buat pembelian sekiranya ada pesanan daripada pelanggan.

Tips Pemasaran Bisnes Cenderahati

Pemasaran adalah penting untuk apa sahaja jenis bisnes. Termasuklah bisnes cenderahati ini. Pemasaran boleh dilakukan secara online dan juga offline. Antara medium yang boleh digunakan untuk pemasaran secara online adalah Facebook dan juga Mudah.my.


Nak berniaga cenderahati dengan lebih serius?

Potensi bisnes cenderahati ini adalah tidak terhad kerana ianya sentiasa ada permintaan. Apa yang penting, anda perlu membuat marketing yang betul dan juga memilih pembekal yang tepat untuk mendapat keuntungan yang maksimum.

Modul Bisnes Cenderahati telah dikeluarkan oleh saudara Azhar Azman yang menerangkan secara lengkap dari A hingga Z berkenaan bisnes cenderahati. Dalam modul tersebut terdiri daripada 4 modul video dan juga 3 Modul Bonus berkenaan pemasaran bisnes cenderahati.




Modul 1:

  1. Dalam modul ini beliau dedahkan kepada anda apa sebenarnya bisnes cenderahati ini dan mengapa bisnes ini sangat-sangat berpotensi.
  2. Modul ini akan tunjukkan pada anda tentang siapa yang anda mudah sasarkan produk ini supaya anda dapat tempahan tak henti-henti.
  3. Modul ini juga akan menerangkan kepada anda tentang kategori-kategori yang ada pada produk cenderahati yang boleh anda jual pada pelanggan anda nanti.
  4. Bagi jimatkan masa anda, modul ini akan tunjukkan anda apa PRODUK HOT yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pelanggan-pelanggan.
  5. Modul ini juga akan beri SHORTCUT untuk anda faham bisnes cenderahati kerana ianya akan terangkan dengan terperinci kepada anda mengenai produk-produk cenderahati.
Modul 2:

  1. Modul ini akan kongsikan TIPS PENTING untuk bisnes startup supaya anda boleh terus jalankan bisnes ini dan terus dapatkan pelanggan.
  2. Bagi memudahkan anda faham bagaimana bisnes ini dijalankan, modul ini berikan anda ALIRAN bisnes ini yang libatkan pembekal, anda dan pembeli.
  3. Masalah kebanyakan orang nak jalankan bisnes adalah modal, jadi kali ini modul ini akan guide bagaimana anda boleh jalankan bisnes ini TANPA MODAL.
  4. Bila kita nak bisnes mesti nak untung kan? Jadi modul ini akan tunjukkan bagaimana cara untuk anda tetapkan harga jualan produk cenderahati anda dan bagaimana nak kira keuntungan bagi bisnes ini.
  5. Elemen utama dalam produk cenderahati adalah cetakan pada produk tersebut. Jadi modul ini akan kongsikan dengan anda jenis-jenis cetakan pada produk cenderahati dan contoh cetakan yang dihasilkan pada produk cenderahati.
Modul 3:

  1. Dalam modul ini anda akan diajar teknik sempoi yang boleh digunakan untuk buat marketing secara online dan offline
  2. Modul ini juga akan tunjuk pada anda contoh iklan yang boleh dibuat di Mudah.my dan Facebook. Anda ikut jer contoh modul ini buat iklan atau copy jer iklan dan buat pada akaun Facebook dan Mudah anda.
  3. Untuk mendapatkan jualan berganda, modul ini akan ajar anda teknik paling berkesan untuk mendapatkan pelanggan anda dan bagaimana cara nak dapat tempahan dalam skala yang besar.
  4. Modul ini juga akan dedahkan siapa sasaran pelanggan anda yang sebenar dan majlis atau aturcara apakah yang memang sentiasa ada permintaan untuk cenderahati bagi majlis mereka.
  5. Elemen utama dalam produk cenderahati adalah cetakan pada produk tersebut. Jadi modul ini akan kongsikan dengan anda jenis-jenis cetakan pada produk cenderahati dan contoh cetakan yang dihasilkan pada produk cenderahati.
Modul 4:

  1. Modul ini akan tunjukkan kepada anda carta alir bagi proses membuat tempahan bermula tempahan dari pembekal hingga penghantaran kepada pelanggan.
  2. Modul ini juga telah sediakan Video Tutorial langkah demi langkah cara bagi anda mendaftar dengan pembekal secara online.
  3. Bagi melancarkan bisnes startup anda, modul ini akan mengajar anda cara untuk cari pembekal yang akan beri kelebihan pada anda berbanding pesaing lain.
  4. Modul ini akan DEDAHKAN terus 3 PEMBEKAL utama yang gunakan untuk berurusan dalam bisnes ini. 

Siapa yang perlu dapatkan modul bisnes cenderahati ini?

  1. Mereka yang baru habis belajar dan masih cari pekerjaan
  2. Pesara yang masih minat cari pendapatan sampingan
  3. Pekerja swasta atau awam yang nak cari income lebih
  4. Surirumah yang nak tolong suami untuk perbelanjaan dapur
  5. Student universiti yang cari duit extra untuk tampung perbelanjaan belajar
Modul ini adalah modul lengkap untuk anda yang nak memulakan perniagaan cenderahati anda sendiri. Dapatkan modul ini sebelum harganya melonjak naik dari RM150 kepada RM250.


1 ulasan:

  1. Jika ada komitmen, marketing yang baik dan pelanggan yang tepat, insyAllah boleh maju.

    Setakat hari ni, sudah 4 tahun membekal cenderahati. Sambutan sangat baik.

    BalasPadam

Back To Top