Tahukah anda bagaimana cara hilangkan parut jerawat? Jerawat adalah antara masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan orang. Jerwarat biasanya mula muncul pada peringkat remaja dan mungkin masalah tersebut boleh berterusan sehingga peringkat dewasa.
Apabila masalah jerawat berjaya diatasi, bekas jerawat tersebut akan menghasilkan parut yang mana untuk menghilangkan parut jerawat itu sendiri merupakan satu cabaran yang lain.
Jerawat dan parut jerawat bukan sahaja memberik kesan kepada kulit kita, tetapi dalam masa sama ia akan memberikan kesan kepada keyakinan diri seseorang.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 11 cara hilangkan parut jerawat yang boleh dipraktikkan sendiri di rumah.
1. Aloevera
Aloevera atau lebih dikenali dengan nama lidah buaya adalah salah satu dari bahan yang paling berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Jika anda lihat pada kebanyakan produk untuk menghilangkan parut, salah satu bahan yang terkandung dalam produk tersebut adalah Aloevera.
Anda juga boleh menggunakan aloevera yang segar dengan menggunakan lendir yang terdapat pada aloevera apabila dipatahkan. Sapukan lendir tersebut di kawasan yang berparut atau di kawasan parut jerawat. Jika anda menggunakannya untuk menghilangkan parut jerawat, anda boleh jadikan ia seperti mask dan cuci lendir aloevera tersebut selepas setengah jam.
2. Tomota
Tomato juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Anda hanya perlu kisar atau lenyek tomato segar dan jadikan ia seperti mask. Biarkan setengah jam dan kemudian cuci dengan air suam. Lakukan aktiviti ini sebagai rutin harian untuk dapatkan kesan yang lebih pantas.
Anda juga boleh menghiris nipis tomato segar dan meletakkannya di muka anda untuk kesan yang sama.
3. Timun
Menggunakan timun juga adalah salah satu cara hilangkan parut jerawat. Anda boleh kisar timun dan jadikan mask untuk disapukan pada muka. Biarkan dalam lebih kurang setengah jam sebelum dicuci. Jika anda tiada masa untuk mengisar timun, hiris nipis timun dan letakkkan pada muka anda.
Ia bukan hanya dapat menghilangkan jerawat, tetapi ia juga dapat menyegarkan kulit wajah anda.
4. Madu
Sepertimana yang kta tahu, terdapat 1001 kebaikan pada masu asli. Salah satunya adalah ia boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Apa yang penting adalah anda perlu pastikan ianya adalah madu yang betul-betul asli dan bukannya campuran.
Madu boleh disapu pada wajah yang ada parut jerawat untuk dijadikan mask dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu boleh cuci dengan air suam.
5. Asam Jawa
Anda juga boleh menggunakan pes asam jawa untuk membantu menghilangkan parut jerawat. Ratakan pes asam jawa untuk dijadikan mask dan biarkan seketika sehingga kering sebelum dicuci dengan air suam.
6. Vitamin E
Vitamin E sememangnya baik untuk kulit. Vitamin E membantu dalam proses pemulihan kulit yang rosak dan termasuk juga dengan menghilangkan parut jerawat. Anda boleh makan supplement yang mengandungi vitamin E atau makan makanan yang tinggi kandungan vitamin E seperti tomato, kiwi, sayur bayam, brokoli dan lain-lain lagi.
Anda juga boleh membeli supplement vitamin E dalam bentuk kapsul soft gelatin. Pecahkan kapsul tersebut dan sapukan viramin E tersebut pada kawasan yang berparut.Â
7. Ubi Kentang
Anda juga boleh gunakan ubi kentang untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya adalah dengan memotong nipis ubi kentang dan letakkan pada tempat yang berparut. Urut menggunakan kentang yang dihiris tadi secara perlahan-lahan. Biarkan seketika sehingga kering kemudian boleh dicuci.Â
8. Lemon
Air lemon mengandungi sejenis asid yang dikenali sebagai Alfa Hidroksi Asid (AHA). Asid ini membantu untuk membuat sel kulit mati, merangsang pertumbuhan kulit baru dan juga bertindak menghilangkan parut jerawat secara semulajadi.
Cara untuk menggunakannya adalah titiskan air lemon pada kapas dan bersihkan muka atau kawasan parut jerawat menggunakan kapas tersebut. Biarkan selamas 10 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Lakukan kaedah ini setiap malam sebelum tidur.
9. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara mengandungi kandungan Vitamin E dan vitamin K yang tinggi. Oleh itu minyak kelapa dara memang sesuai digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya adalah dengan mengurut kawasan yang mempunyai parut dengan sedikit minyak kelapa dara. Urut dalam keadaan membulat dan biarkan minyak tersebut selama lebih kurang 10 minit. Kemudian minyak tersebut boleh dibersihkan dengan tuala yang bersih.Â
10. Baking Soda
Baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Sediakan pes baking soda iaitu campuran baking soda dengan sedikit air. Sapukan pes tersebut pada wajah yang berparut dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air yang bersih.
11. Cocoa Butter
Cocoa butter adalah antara bahan yang terbaik untuk menghilangkan parut. Ia tidak boleh disediakan sendiri dirumah tetapi boleh didapati di farmasi berhampiran ataupun secara online di Lazada Malaysia. Cocoa butter mengandungi olik asid yang berfungsi sebagai pelembap kulit. Dalam masa yang sama, ia juga membantu untuk menghilangkan kesan parut.
Itulah 11 cara menghilangkan parut jerawat. Selain daripada mendapat kulit yang cantik dan sihat, apabila parut hilang, keyakinan diri seseorang juga pasti akan meningkat. Â
This Very Nice and attractive Article…
BalasPadamThankyou For Sharing This Information…
And also give to me important knowledge.
Aloe-vera is the best source which helps skin to glow and reduces darkness.
BalasPadam