Cara Dapatkan SimKad Unifi Mobile dan Data 20GB Percuma


Cara Dapatkan SimKad Unifi Mobile dan Data 20GB Percuma. Bagi anda yang masih mencari plan telco yang terbaik, anda perlu mencuba Unifi Mobile. Unifi Mobile dikeluarkan oleh Telekom Malaysia yang menggantikan plan Webe yang sebelum ini terkenal dengan data tanpa had dengan harga yang murah iaitu RM79 sebulan. Pendaftaran baru untuk Webe telah ditutup dan digantikan dengan Unifi Mobile.

Untuk Unifi Mobile, ianya berkonsepkan prepaid dan tiada plan postpaid diperkenalkan setakat ini. Sempena pelancaran Unifi Mobile, anda boleh mohon untuk gunakan simkad percuma daripada Unifi Mobile. Sebanyak 1 juta simkad percuma disediakan sehingga 31 Mac 2018 untuk anda dapatkan.


Terdapat 2 cara untuk anda dapatkan simkad tersebut. Cara pertama adalah dengan anda pergi ke TM Point berdekatan dan terus mohon untuk dapatkan simkad tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk ke TM Point, anda boleh membuat tempahan melalui aplikasi mobile@unifi. 

Tempahan secara online Unifi Mobile boleh dilakukan dengan aplikasi tersebut. Anda hanya perlu masukkan maklumat diri anda dan kemudian buat tempahan. Simkad akan diberikan sama ada melalui pos ataupun anda pickup di TM Point berhampiran. 

Jika anda pilih untuk pos, anda akan dikenakan bayaran pos. Ini akan menyebabkan seolah-olah anda perlu bayar untuk dapatkan simkad Unifi Mobile ni. Jadi saya cadangkan untuk anda pickup di TM Point berhampiran anda. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan dan juga nombor tempahan. Jika tak ramai orang, anda boleh dapat simkad anda dalam masa kurang dari 5 minit.

Untuk lebih memahami proses pendaftaran dan mendapatkan simkad percuma Unifi Mobile, saya ada sediakan video menggunakan aplikasi mobile@unifi. Sila tonton untuk lebih faham.



Saya sangat sarankan anda dapatkan simkad Unifi Mobile ini kerana anda juga akan diberikan data percuma 20GB LTE untuk anda gunakan. Tapi pastikan kawasan tempat anda mempunyai rangkaian 4G untuk Unifi Mobile atau data percuma tersebut tidak boleh digunakan. Anda boleh semak coverage mobile unifi di sini. Maklumat lanjut boleh ke laman wen rasmi Unifi Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top