Cara Daftar Haji


Cara Daftar Haji. Menunaikan Haji adalah salah satu daripada 5 rukun islam yang perlu dipenuhi terutamanya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. 

Lebih awal anda mendaftar haji lebih baik supaya giliran untuk anda menunaikan haji akan lebih cepat. Walaupun begitu jika anda mendaftar tahun 2018, giliran anda menunaikan haji adalah pada tahun 2125 dan keatas.

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu memastikan syarat mendaftar haji berikut dipatuhi:
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (satu pendaftaran sahaja dibenarkan).
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang telah menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun. Pendaftaran semula hanya boleh dilakukan selepas 5 tahun menunaikan haji.
  4. Pendeposit perlu membawa MyKad (dokumen pengenalan diri) dan Sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.




PENDAFTARAN MELALUI KWSP


Pendeposit yang belum mempunyai jumlah minima simpanan di dalam akaun TH tetapi mahu mendaftar haji, boleh menggunakan simpanan KWSP mereka untuk tujuan mendaftar haji. Syarat pendaftaran haji bagi skim ini, cuma pendeposit perlu memastikan caruman akaun satu KWSP mereka telah melebihi RM1,300 dan mengemukakan penyata KWSP terkini semasa pendaftaran.

Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur 55 tahun dan ke bawah.


Pendaftaran Haji Ahli KWSP



Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.


Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.



Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. 

SALURAN PENDAFTARAN HAJI


Pendaftaran haji juga boleh dilakukan di: 
  1. Semua kaunter TH
  2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat.
  3. Mesin ATM/ CDM Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat.
  4. Laman Web : Maybank2u dan iRakyat.
  5. Aplikasi/ Portal THiJARI.

p/s: Aplikasi/Portal ThiJARI setakat ini masih dalam proses pengemaskinian dan tidak boleh diakses.





PEMBATALAN PENDAFTARAN HAJI


Sekiranya terdapat apa-apa sebab untuk membuat pembatalan pendaftaran haji, bakal Haji boleh membatalkan pendaftaran haji mereka di Pejabat TH Cawangan yang berhampiran. 

Walaubagaimana pun, tahun giliran yang ditetapkan untuk haji mereka akan terbatal secara automatik. Bakal Haji perlu mendaftar semula dan giliran tahun peruntukan tunai haji yang baru akan diberikan.

Ok.

Itulah cara-cara untuk mendaftar haji. Jadikan menunaikan haji salah satu daripada azam dan cita-cita agar satu hari nanti kita akan dapat menunaikannya. Niat juga amat penting kerana semua amalan kita bermula daripada niat. Ada niat untuk mendaftar dan menunaikan haji, insyaAllah jalan untuk menunaikannya akan dipermudahkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top