Cara Beli Barang di Lazada Malaysia secara Installment / Ansuran Tanpa Kad Kredit. Jika sebelum ini saya ada terangkan cara untuk beli barang di Lazada dengan menggunakan kad kredit, kali ini jika anda tidak mempunyai kad kredit pun boleh membeli secara ansuran di Lazada Malaysia secara ansuran dengan menggunakan Dokkupay.
Apa yang diperlukan untuk anda menggunakan perkhidmatan Dokkupay adalah anda perlu ada akaun bank. Anda boleh mendaftar secara percuma di Dokkupay tetapi bila anda nak linkkan akaun bank dengan Dokkupay dan perlu bayaran sebanyak RM1.Â
Kelebihan utama Dokkupay adalah boleh membeli secara ansuran di Lazada dan ecommerce lain juga seperti Shopee dan lain-lain tidak perlukan kad kredit
Kekurangan Dokkupay pula adalah setakat ini masih belum banyak ecommerce yang tersenarai dalam Dokkupay dan pembayaran ansuran adalah setiap 2 minggu bukannya bulanan. Selain itu juga, ansuran maksimum adalah hanya 4 kali bayaran. Ini bermakna jika anda berhutang dengan Dokkupay RM200, anda perlu bayar kepada Dokkupay sebanyak RM50 setiap 2 minggu.
Apabila anda mendaftar, anda akan dapat akaun Basic dan maksimum hutang adalah hanya RM150. Untuk meningkatkan jumlah hutang, anda perlu upload gambar selfei dengan kad pengenalan.
Jika anda nak penerangan dengan lebih jelas serta paparan untuk Dokkupay, anda boleh tonton video di bawah.
saya tak jumpa website dokkupay tu.
BalasPadamSaya pun �� ... any idea, share pls... Tqtqtq
BalasPadamSaya pun �� ... any idea, share pls... Tqtqtq
BalasPadam