Whatsapp kini telah memperkenalkan Sticker pada update aplikasi mereka yang terbaru. Bagi pengguna android, sticker sepatutnya boleh terus diakses setelah update terkini di Google Play. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes di mana setelah update dilakukan di Google Play, link ataupun button untuk Sticker di Whatsapp masih belum muncul.
Secara peribadi, saya tidak tahu kenapa ini berlaku walaupun dalam penerangan berkenaan update di Google Play menyatakan ianya mempunyai Sticker. Sebagai contoh, semasa update terkini, Google Play menyatakan update terkini bagi smartphone saya adalah 2.18.327.Â
Tetapi selepas update tetap tiada sticker.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya perlu download update terkini aplikasi Whatsapp daripada laman web Whatsapp sendiri di: http://www.whatsapp.com/android
Daripada laman web Whatsapp, update terkini adalah versi 2.18.339. What?! Kenapa lain dengan yang ada di Google Play? Itu saya sendiri tidak pasti.
Selepas download dan install, close aplikasi Whatsapp anda dan open semula. Sepatutnya, kini aplikasi Whatsapp anda sudah mempunyai Sticker.
Untuk lebih memahami, boleh juga lihat video yang saya dah sediakan di bawah ye :-)
Enjoy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan