Cara Buat Duit Dengan Iklan Selain Google Adsense

google adsense alternatif

Cara Buat Duit Dengan Iklan Selain Google Adsense. Tidak berjaya mendapatkan akaun penuh Google Adsense bukanlah bererti berakhirnya usaha kita untuk buat duit dengan blog. Sementara berusaha untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense, kita boleh mencuba cara lain untuk mendapatkan pendapatan melalui blog. Saya sudah cerita panjang lebar tentang cara buat duit dengan blog dalam artikel sebelum ini. 

Dalam artikel sebelum ini, saya banyak menekankan tentang buat duit dengan Google Adsemse. Tetapi hakikatnya, untuk mendapatkan kelulusan akaun penuh Google Adsense bukanlah satu perkara yang mudah. Saya sendiri telah ditolak permohonan sebanyak 6 kali sebelum saya mendapat akaun penuh Google Adsense saya.

Walau bagaimanapun, setelah Google Adsense menerima blog dalam Bahasa Malaysia, kini proses untuk mendaftar dan mendapatkan akaun penuh Google Adsense akan bertambah mudah. Alternatif lain adalah anda boleh memohon untuk hosted akaun Google Adsense. Perkara ini dan banyak lagi ada diceritakan dalam panduan Raja Adsense

Kenapa ramai orang suka modul buat duit dengan Google Adsense?

Sebab utama adalah buat duit dengan Google Adsense hampir sepenuhnya merupakan pendapatan pasif. Ini adalah kerana, apabila akaun Google Adsense anda telah diluluskan, anda akan dapat duit tanpa henti dari Google selagi blog atau laman web tersebut dikunjungi oleh orang. Lebih ramai orang datang ke blog kita, lebih banyak pendapatan yang diperolehi secara pasif. Tiada jualan perlu dilakukan. Tiada sebarang promosi perlu dilakukan. Sebab itulah ramai orang menyukai modul buat duit dengan pengiklanan. 

Tambahan lagi, Google Adsense akan membuat bayaran berdasarkan klik dan juga impression untuk iklan yang terpapar pada blog anda.

Sebenarnya, buat duit dengan iklan bukan hanya dengan Google Adsense. Ada pelbagai alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk menjana pendapatan melalui penyiaran iklan. 

Chitika

Chitika adalah antara alternatif Google Adsense yang paling baik. Menjadi pengiklan di Chitika lebih mudah dan hampir serta merta diluluskan. Anda hanya perlu mendaftar akaun Chitika secara percuma dan kemudian letakkan kod iklan di laman web atau blog anda. Selain itu, jika kemudian anda berjaya mendapat akaun penuh Google Adsense, anda masih boleh menggunakan Chitika bersama-sama Google Adsense. Ini bermakna anda akan dapat 2 pendapatan dalam satu masa 👍

Chitika menerima semua jenis blog dan laman web tidak kira bahasa yang digunakan. Termasuklah blog dalam Bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, Chitika memberikan pendapatan kepada kita berdasarkan per impression bukannya pada klik. Oleh itu, untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi memerlukan trafik yang sangat banyak setiap hari.

Nuffnang

Nuffnang sememangnya sudah popular di kalangan blogger di Malaysia. Malah sebelum Google Adsense menerima blog dalam bahasa Melayu, Nuffnang adalah antara pengiklan utama yang digunakan oleh blogger di Malaysia; temasuklah saya. Berbanding dengan Chitika, Nuffnang hanya memberikan pendapatan berdasarkan klik pada iklan yang dipaparkan.

Mendaftar di Nuffnang juga amatlah mudah. Tiada sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi untuk menggunakan Nuffnang.

Daftar Nuffnang di sini : Nuffnang

Innity

Innity boleh dikelaskan sebagai pengiklanan untuk blogger tahap tinggi. Ini adalah kerana sebelum mendaftar di Innity anda perlu memenuhi kriteria yang pada saya agak tinggi terutamanya untuk blogger baru. Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 200 000 pageview sebulan dan 40 000 pengunjung unik ke blog anda dalam sebulan.

Bagi blogger baru, kriteria dan trafik blog yang diperlukan adalah sangat tinggi.

Pendaftaran di Innity juga akan disaring dengan teliti sebelum diterima. Tetapi apabila telah diterima, pastinya berbaloi dengan usaha untuk mendapatkannya. Pada saya, untuk diterima oleh Innity adalah lebih sukar berbanding diterima oleh Google Adsense.

Daftar Innity di sini : Innity

Lynk.my

Lynk.my adalah satu lagi medium buat duit dengan iklan yang boleh kita sertai. Lynk.my adalah laman web untuk memendekkan URL. Apa yang menariknya dengan Lynk.my adalah laman web ini bangunkan oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia. Penyertaan bole dilakukan secara percuma. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Lynk.my, anda boleh baca cara menggunakan Lynk.my

Pendapatan dari Lynk.my dikira berdasarkan klik yang diterima daripada link yang anda pendekkan. Lebih banyak link anda diklik, lebih banyak pendapatan anda. Walau bagaimanapun, setiap klik mempunyai nilai yang sama iaitu RM0.01 sahaja. Oleh itu anda memerlukan klik yang sangat banyak untuk mendapat pendapatan yang tinggi.

Daftar Lynk.my di sini : Lynk

Infolink

Infolink adalah satu-satunya pengiklan yang memberikan kita peluang 'beriklan dengan perkataan' di dalam artikel kita. Infolink akan mencari perkataan yang berkaitan dalam blog kita dan linkkan dengan iklan yang berkaitan dengan perkataan tersebut. Pendaftaran di Infolink adalah sangat mudah dan percuma.

Lihat video di bawah untuk maklumat lanjut:



Daftar Infolink di sini : Infolink

Semua yang saya senaraikan di atas adalah medium pengiklan yang boleh disertai bagi yang mempunyai blog dalam bahasa Melayu. Kekangan utama untuk buat duit dengan iklan menggunakan blog bahasa Melayu adalah bayaran per klik atau impression yang lebih rendah berbanding blog yang menggunakan bahasa Inggeris yang mensasarkan pembaca Eropah dan Amerika.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak boleh buat duit dengan Google Adsense ataupun dengan alternatif-alternatif Google Adsense yang saya kongsikan tadi. 

Perlu juga diingatkan bahawa berblog adalah bertujuan untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Bukannya semata-mata mencari peluang dan ruang untuk menjana pendapatan. Blog yang terlalu banyak iklan juga sebenarnya akan menyebabkan pengunjung lagi dari blog kita.

Ok.

Itu sahaja untuk kali ini, terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Iklan Selain Google Adsense. Fokus pada kandungan blog anda dan menjana pendapatan dengan iklan 😉

3 ulasan:

Back To Top